Renungan

Aku akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara yang sentiasa dengki, munafik yang sentiasa membenci, kafir yang memerangi, syaitan yang berusaha menyesatkan dan hawa nafsu yang sentiasa mengoncang keimanan aku...

maka dengan itu aku haruslah memperkasa diriku dengan 13 langkah pengenal diri, menguatkan diri dengan berpegang teguh pada 6 perkara dan mendalami 5 penjuru kehidupan bagi menempuhi cabaran yang tersurat dan yang tersirat..... "rozinor razali"

Wednesday, April 09, 2008

Tembakau California

Entah bertukun dah rasanya blog aku ni, mmg pun. angan angan mat jenin btol aku ni. Tapi ade sebab musabab kenapa aku tinggalkan blog ni. Bukan tinggal sebab aku saja yang dtg melawat blog ni, tapi ditinggalkan sebab aku mengejar satu lagi cita cita aku.

Sehingga kini, cita cita yang aku dah susun utk aku capai sebelum aku berumur 45, lima dari sepuluh telah aku capai dengan usaha dan titik peluh aku sendiri. Walaupun aku agak lewat menjalankan cita cita aku tu, disebabkan nafsu dan darah muda yang mahukan aku merasa nikmat nikmat dunia maka aku tangguhkan cita cita aku tu.

Ade cita cita aku yang tengah aku usahakan tapi belum lagi menunjukkan cahayanya, mungkin aku perlu berusaha lebih lagi. Tapi bagaimanapun alhamdulillah dengan limpah kurnia dan petunjuk daripada yang maha mengetahui lagi maha memahami erti payah dan susah yang tidak pernah aku tunjukkan kepada sesiapa pun. Hanya dia yang mengetahui dan biarlah hanya dia yang mengetahui.

Berbalik kepada apa yang ingin aku cerita, aku akan jadikan blog ini sebagai medan tempur aku menulis cerita cerita yang mana aku dpt secara spontan dan dari pengalaman aku. Manalah tahu boleh aku gerakkan menjadi wayang gambar pula, insyaallah.

Selepas ini aku akan tulis cerita cerita bagi projek video pendek aku. bermula dengan 'HANTU'.

Pulang

Bagai sireh pulang ke gagang dan juga bagai selipar jamban pulang ke jamban ibaratnya tembakau disatukan dengan nipah dan disedut. Kehilangan sementara kerana membawa diri kedaerah seberang laut bagi mengejar ilmu.
Alhamdulillah kini kembali dengan pengalaman.

Thursday, March 29, 2007

Perjuangan yang baru bermula

mengapa?

persoalan ini yang akhirnya terjawab dgn perdebatan yang sinis dan berunsur komedi terhurai apabila aku sendiri menyatakan bahawa aku sendiri akan berpindah ke Blok A.

Senyap seketika, dengan segala pembohongan yang ditujukan kepada aku, aku hanya mampu tersenyum dan sedar betapa kuatnya politik di pejabat ini yang tidak sudah sudah mahu mengawal dan menjadikan aku seperti seorang hamba sedangkan mereka sendiri tidak layak dipanggil atau digelar ketua.

Kerja mengarah semua orang boleh buat, cuba arah diri sendiri untuk meyelesaikan kerja yang selalu diarah kepada orang untuk menyelesaikannya. bagi aku biar kerja itu aku selesaikan sendiri, aku puas dan aku tidak meyebabkan hati hati rakan pejabat aku bengkak kerana tidak suka menyelesaikan kerja yang bukan sepatutnya mereka buat.

Aku sudah memasang perangkap dan perisai untuk berperang, dan bila tiba harinya...cucu datuk maharajalela ini dan naga keramat ini akan bertempur habis habisan...

aku mulakan perjuangan aku ini dengan bismillah....