Renungan

Aku akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara yang sentiasa dengki, munafik yang sentiasa membenci, kafir yang memerangi, syaitan yang berusaha menyesatkan dan hawa nafsu yang sentiasa mengoncang keimanan aku...

maka dengan itu aku haruslah memperkasa diriku dengan 13 langkah pengenal diri, menguatkan diri dengan berpegang teguh pada 6 perkara dan mendalami 5 penjuru kehidupan bagi menempuhi cabaran yang tersurat dan yang tersirat..... "rozinor razali"

Sunday, December 31, 2006

Selamat Tinggal

2006 x banyak yang aku kejar dan x banyak pulak yang aku dapat...
semoga hari hari 2006 dan tahun sebelumnya...
membawa aku ke hari hari yang lebih berjaya di 2007...

2007...
steps of walking the talk...

Friday, December 22, 2006

Cemburukan Masa

Hari hari berlalu banyak yang telah aku lalui...

Di Serambi rumah Om, sambil mengulung rokok daun dan menghembuskan nafas yang berkepul kepul dengan asap keudara.

Om berkata: umur macam ko nie Aca, keluar dan tengok tempat orang, bukan duduk bawah ketiak mak bapak.
Aca Menjawab: Abis tu kalau camtu nanti bila dah keluar bila plak masa nak duduk bawah ketiak mak bapak.
Chulia engineering banyak mengajar aku kemahiran hidup.

Thursday, November 23, 2006

Tembelang Retak

Entah kenapa selepas aku ditegur tidak pandai merancang projek yg mana pada mulanya aku yang menguruskannya aku menjadi huru hara.

Perancangan awak nie tak praktikal lah Usop, kata Wati seorang Instructional Designer (ID) pada Usop.
Awak akan kehilangan penulis untuk projek nie kalau awak melaksanakan perancangan awak.
Usop termangu dan terus membuat keputusan dan berkata;
Ok, Wati cuba beritahu saya apa yang praktikal dengan cara awak.
Awak telah mengambil masa pembangunan kandungan dengan begitu lama dan semua papan cerita yang awak hantar kepada kementerian semuanya belum diluluskan.
Apa tugas ID yang awak upah dan kenapa ID awak adalah penulis awak juga.?
Bagaimana jarak masa yang awak beri pada mereka?
Awak mengambil masa 5 hari utk mereka menulis, 2 hingga 3 hari utk pegawai menilai dan 2 hingga 3 hari untuk penulis membetulkan kesalahan tulisan.
Dimana tugas ID jika semua tugas diberi pada penulis.
Dengan tegas dan angin seluruh badan Usop mengarahkan Wati supaya mengikuti perancangan yang telah dipersetujui.
Sebulan setengah selepas kejadian diatas,
Ko cakap dengan aku gemok, kalau aku rancang tapi engkau orang semua tak mahu ikut dan guna kepandaian engkau orang dan melepaskan batuk ditangga.
Sekarang engkau cakap dengan aku, macamana ko nak laporkan status pembangunan yang mana aku telah cadangkan tidak engkau orang ikut.
Hati yang panas jangan cuba dicurahkan dengan benda yang tidak masuk diakal. Jangan bermain dengan kata kata kalau kita tidak maksudkannya dan jangan pandai putar belit keadaan kalau tidak mahu terjerat dengan kesilapan.

aku menanti hari esok dgn semangat membara menanti apakah drama seterusnya...

bersambung....

Monday, September 25, 2006

Selamat Berpuasa

Kepada semua muslimin dan musliman yg berada di utara, selatan, timur dan barat, yg tidak dpt melihat, mendengar, berjalan dan menulis.
Aku ucapkan selamat menyambut Ramadan. semoga amalan dpt dipertingkatkan ke peringkat yg lebih tinggi insyaallah.

klausa 1.0
Setiap yang menjadikan manusia itu sebahagian dari kelompok kejahatan adalah kerana persekitaran. Mereka ini tidak mengira masa atau ketika kerana bagi mereka masyarakat tidak memberi mereka masa dan ketika untuk membetulkan keadaan mereka. Aku yang mana pernah berada didalam situasi sebegini dapat merasakan bahawa mereka ini tertekan dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memuaskan hati mereka.
Antara mereka dan mereka itu tidaklah jauh berbeda jika pada mulanya tidak memahami apa tujuan mereka berada disini.

Klausa 2.0
Adakalanya kita sebagai tuanpunya harta tidak akan mengambil kisah sekiranya harta hak cipta terpelihara kita diambil guna dengan meminta keizinan kita atau sekurang kurang memberitahu kita dimana harta hak cipta terpelihara kita itu berada. Tetapi sekiranya tanpa kita ketahui atau sedari kemana harta hak cipta terpelihara kita pergi, dah tentu kita akan mencari atau paling kurang cuba bertanyakan disekililing kita. Tapi apabila kita jeling jeling kita dapati harta hak cipta terpelihara kita tu sedang digunakan dgn senang lenang oleh individu yang kita kenali dan kita bertanyakan pada dia....

cantik harta hak cipta terpelihara yang ko guna tu, siapa punya tu?
Orang yg tak bertanggungjawab yg menjawat jawatan pengurus berkata;
entahlah, kat dlm bilik, bwh meja engkau, aku amik dan gunalah, ngam plak tu sizenya, tersenyum simpuh mamat gemok nie...
tanpa rasa bersalah tuan punya pun berkata;
aku bagi ko duit nie, ko gi kedai dan pegi cari harta hak cipta terpelihara utk ko guna, lain kali kalau nak guna harta hak cipta terpelihara orang, tanyalah dulu siapa punya, jangan main sedap mak bapak ko je main sarung.
akhirnya dgn tanpa rasa bersalah sambil masih mengunakan harta hak cipta terpelihara orang, dier blah macam itu aja sambil mengunakan harta hak cipta terpelihara orang .

masih ada lagi org yg tak bertamadun yang duduk sepejabat dgn aku. Takde sivik punya beruang kutub.

Monday, September 11, 2006

Persetubuhan terlarang

Dlm terang masih meraba raba mengharapkan jalan yg lurus...
Dlm gelap berlari menuju cahaya yang tak pasti...

kembalinya dgn kepulan asap dari sedutan tembakau jawa yg dibeli secara timbang dikedai sambil menghirup kopi cap kapal api...
oh indahnya....
oh syahdunya...
lagu yang bermain dan berkumandang dari corong yang dilekatkan pada radio dari gelombang sinar.fm mengimbau betapa lajunya masa berlari...
aku merasakan belom puas dgn onar onar kekotoron yang dulunya selalu sahaja dikaitkan dengan kegiatan aku...
aku masih merasakan tangan dan kaki ini ringan utk digerakkan melakukan aktiviti yang aku sukakan....
dalam gelap diatas moto berterbangan diatas jalan tar menunjukkan lagak lagak ilham orang berseluar dalam diluar tanpa rasa gentar...
bermesraan dan berpelukan sambil menekan nekan palang gear bermain dgn klaj agar kayuhan sepeda dan roda semakin laju...
mengharapkan penghujung nikmat tidak berkesudahan....
menjerit jerit dan meraung raung...
memohon agar tujahan tujahan piston tidak berhenti dan mengharapkan kayuhan semakin laju...
laungan orgasme mekanisme enjin memohon agar diteruskan kayuhan hingga ke hujung...
bersama sama menuju puncak kenikmatan dgn sorakan dan tepukan...
akhirnya....
orgasme diakhiri dengan terbobolnya piston dan limpahan minyak hitam diatas tilam dan cadar yg berkerikil dan mengerutu....
terbaring bersimbahkan peluh merah dan tiada lagi arah yg pasti hendak dituju...

orgasme hebat...
orgasme hebat...
hebatnya orgasme....

birat dan luka menjadi saksi betapa hebatnya aku diatas ranjang yang beralaskan tar dan batu...
betapa hebatnya aku menakhodai bahtera sepeda dan membawanya ke persisran kenikmatan...

Yamaha 100 adalah teman persetubuhan....
hingga sampai kepuncak nikmat...

Monday, August 07, 2006

dataran optima kehidupan II

aku telah pun terlepas dari dataran yang meyekik darah setiap makhluk yg melalui dataran ini, dinakhodai oleh sepasang suami isteri, dataran yang pernah bergolak satu ketika dulu dgn kes saman seorang yang telah berkhidmat selama 7 tahun tidak dipotong wang simpanan kumpulan pekerjanya, maka dia telah mengambil langkah drastik utk melaporkan ke jabatan bertanggungjawab. AKhirnya segala terbongkar tetapi kuasa yang ada pada majikannya sebagai ahli politik telah melenyapkan mimpi pekerja yang inginkan keadilan.

Seminggu aku disana aku melihat bagaimana tersiksa pekerja itu dan sebelum perkara yang tak diingini berlaku kepada aku, aku telah meletak jawatan dgn notis lima hari. terkejut beruk majikan menerima notis berhenti aku. Dia cuba bertanyakan apa sebabnya dan cuba mengunakan kuasa politik dia utk mengeksploitasi aku. Aku hanya berkata rezeki aku tiada disitu memandangkan dataran yang dulunya gah kini goyang kerana semua rahsia kejahatan suami isteri yang mengerah kudrat pekerja mereka tanpa memikirkan bahawa apa yang dilakukan itu salah.

Melepaskan diri dari dataran itu adalah satu perkara yang harus aku lakukan sebelum aku terjerat dan terperangkap, kata kata akhir aku kepada nakhoda ialah, sehingga ke akhirat di padang masyar ketika semua umat dihisab dosa dan pahala mereka, aku tidak akan menghalalkan apa yang telah aku tempuhi di dataran itu. walaupun hanya setitis peluh yang telah aku titiskan di dataran itu.

aku membotakkan kepala aku kerana byk kelumumur, dan dgn senyum sinis dan angkuh dia mengatakan dia membotakkan kepala kerana baru pulang dari umrah. perlukan aku mengetahui itu semua. sesungguhnya aku tak peduli.

kini aku berada di daerah siber jaya meneruskan penghirahan aku.

Monday, June 26, 2006

dataran optima kehidupan

aku terbengap bengap selama 4 jam menantikan tempat duduk aku di pejabat baru aku ini yang peratus penghuninya adalah wanita yang mengoda jiwa dan raga dan serta membangkitkan nafsu walaupun bukan kehendak mereka dibegitukan. akhirnya sebelum makan tengahari aku ditempatkan disatu sudut yg agak baik bagi aku dalam erti kata tempat dimana line clear untuk aku. macam mana clear sekalipun tuhan nampak apa yg aku buat dan aku amat takut dgn azab tuhan.
Dihadapan aku seorang anak dara yg belum teuji kedaraannya. manis dan berdarah kasukan aku rasa. Nana nama panggilan manja beliau. percakapannya pun manja, ada aku buat dier mimpikan aku sekiranya aku ini seorang playboy. aku akan bekerjasama dgn Nana utk satu projek kerajaan.
Dsebelah kiri aku pula Kak Zu yg tak kurang manis dan cantik, aku rapat dgn Kak Zu sebelum aku rapat dgn Nana dan dier membantu aku setup IIS dikomputer aku. Senyuman Kak Zu mengoda juga.
Dihadapan Kak Zu pula Intan, seorang yang dedikasi dan aku bakal berurusan dengannya tidak lama lagi.
Oh aku rasa tertekan dan terhimpit diapit gadis gadis ini.
alangkah indahnya kalau mereka semua berada dalam kawalan aku.
huhuhuhuh, apa langkah dan batu dijalan yang akan aku hadapi dan aku kutip.

Thursday, May 25, 2006

Naostalgia 101: 6 Tanjung.

Orang cakap kita dengar, kita cakap orang pun cakap. akhir sekali semua diam bila tiada siapa nak bercakap.

Awek tembam yang duduk berkumpulan bersama ahli kumpulannya. Mereka berenam dan antara mereka ade dua Mamat terselit didalam kumpulan itu. Kelas 6 Tanjung merupakan kelas himpunan pelajar yg didalam lingkungan terbaik di Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram, dan juga antara kelas yg paling bising. Kesemua awek itu adalah awek paling popular disekolah ketika itu.

Yang pastinya mereka mereka ini selalu menjadi mangsa sakatan aku dan Anuar, kerana hanya aku berdua saja lelaki yang berakal, hensem, nakal, bijak dan yang pastinya kami terpaksa duduk diantara mereka berenam. aku diapit Siti dan Shikin. Dan Sitilah selalu menjadi mangsa kenakalan aku.


6 Tanjung bersama Cikgu Jamal.

Kelas bangun..........Selamat Pagi Cikgu.

Siapa yang menyakat Siti sampai Siti taknak datang sekolah? tanya cikgu Jamal.....
sambung Cikgu Jamal lagi, saya dapat tahu siapa orangnya, hari ini juga saya kahwinkan dia dengan Siti....


Siti nie lagi lawa dari Siti Nurhaliza.

Saturday, May 13, 2006

Sejarah: Tentera Islam NAZI.

sekian lama aku disogokkan bahawa penyembelihan kaum yahudi ada kaitan dgn pemahaman islam bahawa tiada tempat dan tanah bagi kaum yahudi diatas bumi ini. kali ini semuanya terjawab apabila aku terjumpa jaringan yang meyediakn bukti bukti kukuh pembabitan Ketua Islam yang bersekutu dgn Adolph Hitler menghapuskan kaum yahudi. Walaupun banyak pengalaman yang dikhabarkan kepada aku dari mereka mereka yang berada pada zaman perang dunia kedua itu, itu semua tidak cukup meyakinkan aku.

Kini segala terbukti. dan bilakah wira yg berani, bijak dan berilmu akan wujud memastikan kaum terlaknat ini tidak memanupulasi keadaan dgn kelebihan mereka. Sehingga hari itu sepertimana yang telah aku tekadkan dan tanamkan dlm hati bahawa hidup dan mati aku hanya utk Agama, Bangsa dan Negara. Akan aku abdikan dan serahkan hidup dan mati aku kepada ketua ini, insyaallah.

Sehingga ke hari itu, aku akan menunggu jika dipanjang waktu untuk aku. amin.

rujukan:

Thursday, May 11, 2006

Selamat Ulangtahun

hari ini genaplah 60 tahun aku memperjuangkan hak bangsaku iaitu bangsa melayu. apa yang aku cari untuk bangsaku yang disayangi telah tercapai dan kesemuanya direstui allah swt.

Tapi adakah bangsaku kini menjadi bangsa yang berjiwa besar. Adakah bangsaku kini belajar dari sejarah. Adakah bangsaku kini menjaga hak mereka sebagai Orang Melayu. Insyaallah bangsaku yang penuh dgn keihklasan dan kesantunan akan manjaga kedaulatan dan maruah dari dijajah fahaman asing.

Buyong Kapak seorang pemuda di daerah Tg. Malim merupakan seorang pejuang bangsa. Buyong telah menetak dan menyebat orang orang cina berfahaman komunis dgn kapak dan ekor ikan pari yg dibawa kemana mana di daerah itu. Diceritakan Buyong amat gagah dan mempunyai budi pekerti yg berhemah tinggi walaupun selalunya dia sering ditakuti kerana sifat bengisnya. sehingga kini jika kembali ke daerah itu, orang orang yg sebaris hidup dgn Buyong akan angkat topi kepada beliau. Kini Buyong menghabiskan usianya diselatan tanahair setelah berada dibarisan hadapan utk bangsa, agama dan negara.

Selamat Ulangtahun yang Ke 60 Tahun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Hidup UMNO, Hidup Melayu.

Thursday, April 27, 2006

Naga Malaya masuk kandang...

30 tahun yg dulu naga hanya duduk dan bersemayam dgn mengamalkan ilmu ilmu umat milenia dan mengumpulkan segala muslihat sepanjang naga bersemayam. Kini naga telah dikejutkan dan setelah 30 tahun, naga kini berada di kawasan yang tidak pernah naga terfikirkan. seperti kebanyakan naga yang adakalanya terkejut dgn perubahan cuaca dan iklim setempat, naga juga tidak terkecuali dari menerima kejutan budaya.

Di tempat baru ini naga seperti seekor anak ikan yg masuk dalam aquarium besar yang didalamnya ada penghuni yang blom pernah naga temui. Naga cuba menyesuaikan diri kerana tak lama lagi naga harus berdiri dan menujukkan ilmu dan muslihat naga dihadapan ketua ketua naga yang akhirnya akan memutuskan bahawa naga layak menjadi seekor naga yang handal dlm ilmu umat milenia dan pempunyai muslihat yg setinggi gunung.

dapatkan naga melawan segala hasutan dan pelawaan dari naga naga yang tak pernah naga kenali untuk mencapai cita citanya, utk menjadikan cerita ini menarik naga mendapat khabar dari tanah malaya bahawa bini naga sedang buntingkan anak naga yg ketiga. ini menambah dillema naga utk berjuang.

apa kesudahannya.

Thursday, April 20, 2006

Laskar Cinta.

wahai, jiwa jiwa yang tenang, berhati hatilah dirimu, kepada hati yang penuh kebencian yang dalam, kerana sesungguhnya iblis ada dan bersemayam, dihati yang penuh benci, dihati yang penuh prasangka...

Laskar Cinta, sebarkanlah benih benih cinta, hapuskanlah virus virus benci, virus yang bisa rosakkan jiwa dan busukan hati, Laskar Cinta, ajarkanlah tentang ilmu cinta, kerana cinta adalah hakikat dan jalan yang terang untuk semua umat manusia...

jika kebencian meracunimu kepada manusia lainnya, maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa keatas dirimu, maka jangan pernah berharap aku akan mengasihi menyayangi manusia yang penuh benci seperti kamu...

wahai, jiwa jiwa yang tenang, jangan sesekali kamu mencuba menjadi tuhan, dengan mengadili dan menghakimi, bahawasanya, kamu memang tidak mempunyai daya dan upaya serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati, bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita, dan menjadi suku suku dan bangsa bangsa yang pasti berbeda, bukankah kita memang saling mengenal dan menghormati, bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata....

ujian dan dugaan.
akal dan nafsu.
dosa dan pahala.

portsmouth spring.
malaysia tercinta.

ps: pos ini ditujukan kepada rakan rakan penulis yg sering diganggu oleh mereka mereka yg telah dihingapi virus virus anonymous. teruskan karya penulisan kreatif anda dan biarkan anonym ini hidup segan mati tak mahu.

Tuesday, April 04, 2006

Naik dan terus naik

Baru baru ini kerajaan telah menaikkan harga minya sebanyak 0.30 sen, dimana bagi pemilik syarikat seperti aku mungkin kurang terasa akan kenaikan tersebut tetapi bagi rakan rakan aku yang kebanyakannya mengunakan kenderaan beroda empat utk ke tempat kerja agak mencekik darah mereka yang sememangnya suka mencekik darah.

Apa taknya kalau tiba sahaja ke pejabat aku takde bende lain yang boleh aku agakkan selain mengeteh bersama mereka, kalau dah mengeteh dah tentunya nak pekene makanan ringan kalau takpun yang berat.

Tetapi itu bukan halnya yang aku nak ceritakan disini, sememangnya aku seorang yang pemurah tetapi sering kali diambil kesempatan oleh mereka mereka yang tak bertanggungjawab. Walaupun hanya dua tiga kalai berjumpa dah boleh nak menilai latar belakang aku sedangkan aku sentiasa menilai apa yg dicakapkan dan apa yg dibuat. Hati dan paru paru mereka aku bleh kenal, jadi jgn nak cuba cuba, tetapi aku nie manusia biasa ada juga melakukan kesilapan.

Itu juga bukan sebabnya aku nak meulis hari ini, sebabnya adalah ketika aku bersama rakan usahawan yang meniaga pisang goreng dan juga mengambil dalal dari makcik makcik disekitar tempat dia meniaga. Sambil menghirup nescafe tarik yang dioder dari warung Pak Ali kami membincang kenaikan harga minyak, yang menarik minta aku utk menulis hari ini tak panjang, tapi pendek sahaja petikan dari rakan usahawan aku itu, ianya berbunyi seperti ini....

Mereka nie kalau dah suka sapu duit orang, tetaplah mereka ini akan menyapu tak kiralah orang tu miskin papa, tapi kalau mereka mereka ini tidak menyapu duit orang, mereka pula sering dianggap sebagai penyapu.

aku berfikir sejenak, apa yang dimaksudkan rakan usahawan aku itu.

Saturday, March 18, 2006

The Mechanical Contrivium: Tok Rimau

Terjumpa benda generator nie dan orang pertama terlintas dalam kepala otak aku ialah orang yang mengalakkan aku utk menulis. sebelum tu minta maaf bebanyak kat Tok Rimau.

Hasil dari generator bagi Tok Rimau ialah;
1. Olive oil was used for washing Tok Rimau in the ancient Mediterranean world.
2. India tested its first nuclear Tok Rimau in 1974.
3. There are now more than 4000 satellites orbiting Tok Rimau.
4. The deepest part of Tok Rimau is over 35,000 feet deep.
5. The patron saint of Tok Rimau is Saint Eugenie.
6. If you drop Tok Rimau from the top of the Empire State Building, he will be falling fast enough to kill before reaching the ground.
7. Tok Rimau cannot swim!
8. Tok Rimau will give a higher yield if milked when listening to music.
9. Finding Tok Rimau on Christmas morning is believed to bring good luck!
10. The air around Tok Rimau is superheated to about five times the temperature of the sun!

dan hasil dari generator bagi tembakau jawa ialah;
1. Snow White's coffin was made of tembakau jawa!
2. Tembakau jawa has only one weakness - the colour yellow.
3. Tembakau jawa was first discovered by Alexander the Great in India, and introduced to Europe on his return.
4. Tembakau jawa can pollinate up to six times more efficiently than the honeybee.
5. Tembakau jawa can be found on a Cluedo board between the Library and the Conservatory!
6. Tembakau jawa cannot swim.
7. To check whether tembakau jawa is safe to eat, drop him in a bowl of water; rotten tembakau jawa will sink, and fresh tembakau jawa will float.
8. When tembakau jawa is swallowed, he will enter the blood stream within twenty minutes!
9. Tembakau jawa was originally called Cheerioats.
10. Some hotels in Las Vegas have tembakau jawa floating in their swimming pools!

Mana mana yg nak cuba, bleh arr gi kat sini---> The Mechanical Contrivium

Friday, March 10, 2006

Nostalgia 101 = Pistol!

Kejadian ini berlaku lebih kurang 15 tahun yg lampau, ketika itu aku masih menjadi seorang pelajar yg tersohor disekolah. Ia bermula selepas waktu sekolah ketika aku hendak pulang kerumah, tetapi sebelum pulang aku singgah dibandar Johor utk bertemu awek aku. kami berjanji bertemu di hentian manggis didepan pasar baru, ketika itu masih ada lagi bangunan pasar baru ini(sekarang bangunan city square). kami bertemu dan aku membawa dia pergi ke kebayan Plaza Kotaraya, dimana disini aku mendapat diskaun utk makan dan minum kerana ramai peniaga disitu mengenali aku, mereka mereka inilah yang aku bantu untuk mengisi tong air mereka ketika mereka berniaga diwarung berhampiran pasar baru selepas habis waktu sekolah. Kiranya aku dikenali ramai pada zaman itu.

Berbalik kepada kejadian yang aku ingin kongsi bersama, ketika hendak kembali kehentian manggis bersama awek aku ini, aku telah ditahan Polis yang meronda di sekitar kawasan itu. Setelah disoal siasat dan digeledah beg sekolah aku, mereka menjumpai sekotak rokok Dunhill 7 kepunyaan aku. Mereka pun mula menyoal siasat aku macamlah aku nie bawak ganja atau pun heroin.

Polis: Ni rokok siapa ni?
Aku: Dah dalam beg saya, siapa punya lagi, jawab aku selamba.
Polis: Oh, loyar buruk ko eh, jom ikut ke balai.
Aku: Balai! tak nak arr, saya nak balik ni nak kesekolah agama pulak, aku memberi alasan.
Polis: Kau sekolah agama eh, yg kau bawa anak dara orang berjalan kehulu hilir nie, ko tahu ke apa hukum dia nie?
Aku: Tau, ianya salah tapi mak dan bapak dier kenal saya dan suka kat saya.
Polis: Ada je alasan ko eh, sekolah selalu dapat nombor berapa?
Aku: Nombor satu kalau takpun nombor dua, jawab aku lagi.
Polis: Oh kiranya ko nie ppelajar terbaik dalam kelaslah ya.
Aku: Tak, dalam sekolah.

polis tadi mcm hilang punca, dan mula berbicara sesama sendiri sedang aku menyuruh awek aku tinggalkan aku dan balik kerumah, sebab takut nanti mak dier marah kalau lambat sampai dan dia pun dgn selamba blah dari situ tinggalkan aku.

Polis: eh, dia nak kemana tu, tanya polis tu pada aku?
Aku: dia nak balik kalau takde apa apa dia cakap.

polis tu pun macam dah hilang punca dan tak tahu nak buat apa, dan entah kenapa aku disergah kembali dengan keras kali ini.

Polis: ok dah sudah, jom ikut aku kebalai, jgn byk soal dan tanya, Awak dah melakukan kesalah kerana memilik rokok dan merokok dgn berpakaian sekolah.
Aku: mana ada saya hisap rokok masa abg tahan saya tadi.
Polis: dah jom kebalai, jgn byk soal.

aku meronta tapi apa yang aku buat tak diendahkan dan semua orang yg berada disitu memandang aku seperti aku telah melakukan satu kesalahan besar. aku keliru, beginikah undang undang negara ini. aku dibawa sehingga ke satu lorong sunyi diblekang pasar baru, disitu aku telah diarahkan untuk melakukan sesuatu utk mereka berdua.

dikedai dihentian manggis

Tokei: eh ko jgn nak memain dgn aku, kalau betul ada poilis yang suruh ko datang ambil rokok ini ko suruh mereka datang sini.
Aku: betul pakcik, tolonglah beg dan kp saya ada pada mereka, saya nak balik ni.
Tokei: aku peduli apa dengan ko, dah ramai dah org mcm ko nie aku jumpa. dah pergi sana aku takde masa nak layan kau.

aku pun beredar dan menuju ke tempat yang dijanjikan dgn perasaan hampa dan yakin kali nie aku akan berada dilokap.

Polis: hah macamana, dapat tak.
Aku: macamana nak dapat, saya ni budak sekolah dan abang suruh saya buat bende yang bukan bukan, habis saya kena marah dgn tuan punya kedai.
Polis: kalau macam tu tak boleh buat apalah, jom kebalai.

Aku dah mula nak nangis time nie, memikirkan bagaimana aku nak melepaskan diri. Terfikir juga nak lakukan stunt tapi aku rakyat yang perihatin dan tidak suka pada keganasan. apa yang harus aku buat. Mereka menarik aku tapi aku terus membatu.

Polis: eh dier nie, jalanlah cepat.
Aku: saya taknak kebalai, saya nak balik.(time nie airmata dah mula dah nak keluar)
Polis: nak balik eh, tapi ko tak dapat buat apa yang kami suruh macamana nak lepaskan kau.
Aku: abang suruh arr saya buat bende lain ke, macam pumping ke, ketuk ketampi ke apa apalah, janji saya tak kebalai.
Polis: alah itu taktik lamalah kami dah tahu dah. Oklah macam nie, kau ambil pistol ni dan kau pergi semula ke kedai tadi dan minta apa yg kami mahu tadi, berani.
Aku: berani! tanpa fikir panjang aku memberanikan diri.

aku kembali semula ke kedai manggis tadi dgn harapan pakcik itu mempercayai aku.

Tokei: Kau lagi, kau ni tak faham bahasa ke, kan aku dah cakap tadi, baik kau pergi sebelum aku hambat kau.

Aku tak berkata apa apa terus mengeluarkan pistol dan meletakkannya dihadapan kaunter. tokei kedai tu hilang darah dimuka melihat pistol itu, dan aku mula berkata.

Aku: Saya tak bohong pakcik, saya memang dipaksa melakukan ini, pakcik tgk pistol nie, mereka bagi saya utk tunjuk kat pakcik.
Pakcik: nah, ambil semua nie dan jangan datang lagi, ambil semua cepat.

Aku kehairanan kerana sikap pakcik tadi berubah, tapi aku peduli apa janji aku dpt semula beg dan kp aku semula dan boleh pulang segera utk bermain bola. setelah mengumpulkan semua karton karton rokok tadi didalam plastik beg berwarna oren aku pun mula melangkah girang.

Setibanya aku ditempat dimana abang abang polis nie menunggu, aku dapati tiada lagi mereka berdua. Yang tinggal hanya beg sekolah dan kp aku ditinggalkan begitu sahaja. tanpa berlengah aku pun capai beg dan kp aku dan terus beredar dari situ. Pada waktu petang dipadang bola aku telah kendurikan rokok rokok yang aku dapat tadi kepada rakan rakan dan kami pun hisap rokok beramai ramai.

Tamat.

Thursday, March 09, 2006

Sah!

Rabu, 8 Feb 2006.
Berita Harian.

AKHIRNYA penyanyi wanita paling popular, Siti Nurhaliza mula berbicara mengenai cinta. Walaupun enggan mendedahkan nama jejaka yang berjaya menawan hatinya, gadis manis ini mengakui dia sudah dewasa dan cukup matang untuk membincangkannya.
____________________________

Rabu, 8 Feb 2006.
Cafe KPUK.

Tuan Hj Abu menberitahu bahawa Tun Dr.M yang terlebih dahulu telah dapat mengahwini Siti.
Aku membidas dgn selamba, bukan Tun Dr.M yg dikaitkan dgn Siti tapi Datuk K lah Tuan Haji.
En.Nasrul dan Tuan Hj Abu tergelak sakan mendengar apa yang aku cakapkan.
Siapa cakap Tun Dr.M kahwin dgn Siti Nurhaliza, kan nama bini dia Siti Hasmah, Kata Tuan Haji tersenyum kambing.

cis, orang tua ni....camnerlah aku bleh tak ingat.

Monday, March 06, 2006

Nostalgia 101.

Gol!!!!Gol!!!!Gol!!!!
Jeritan dari penyokong diluar padang bersahutan.Penjaring dgn hidung yg kembang kempis mengawal pernafasan menarik muka hensem. Perlawanan bolasepak persahabatan antara Pasukan kanak kanak Bukit Tiram bertemu dgn Pasukan Orang Tua Flat Larkin. Kanak kanak ini telah tertipu dgn org yg menganjurkan perlawanan persahabatan ini, namun dgn semangat kesukanan dan setiakawan mereka meneruskan perlawanan walaupun tahu lawan itu bukan lawan mereka. Bola bulat kata kapten pasukan kanak kanak.

Sejurus selepas referee meniupkan wisel, mereka dgn semangat bermain seperti biasa macam ketika bermain dipadang bolasepak buatan sendiri yg berumputkan tanah merah dan bertiang dan berpalangkan kayu beluti yg dijadikan gol. Disitulah tempat kanak kanak ini bermain dan berlatih, macam anak orang afrika.

preeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet!!! pengadil meniupkan wisel tanda tamatnya perlawanan. Pasukan dr flat larkin keluar padang dengan perasaan tidak percaya dan tidak bersemangat langsung manakala pasukan kanak kanak itu pula bersorakan dan menyanyi didalam padang sambil melaungkan CIRCUS, CIRCUS...mari mari kita lihat siapa yang kena, telur tembelang telah pecah siapa yang punya, Oit! dah tahu tak boleh lari janganlah main bola, dahlah tu balik arr. begitulah suara kanak kanak itu bersorakan mengejek pasukan orang tua itu.

Keputusan perlawanan;
Kanak Kanak Bukit Tiram = 11
Orang Tua Flat Larkin = 1

Keputusan perlawanan yang telah meniupkan semangat kanak kanak ini untuk terus berani menempuh apa jua yang rintangan yang berada didepan mereka.

sekarang ini aku terfikir, adakah kemenangan itu kerana simpati orang tua itu atau memang kami semua bermain bersungguh untuk menang.
persoalan yang mungkin tak terjawab.

Thursday, March 02, 2006

geli tak?

proot...proot...proot...
si muqri meniup perut si umar...
umar pun ketawa terkekek...

dengan riuh rendah bunyi perut ditiup dan kekehan bersambutan...
tup tup...
satu hentakan kereta hotwheels melekat dikepala...

uwaa...uwaa..uwaa...
muqri melalak kalahkan Ning Baizura menyanyi...
umar hanya terpaku...

tak geli ke?

Monday, February 27, 2006

soalan bocor

Kenapa kena buat kat Johor?
mamat disebelah terus rasa bergelegak darah dengan pertanyaan itu...
bersulamkan senyuman menandakan soalan tu akan dijawab...

mamat pun bersuara dgn berkata....
tahu tak Dato Onn Jaafar tu siapa dan siapa Presiden pertama UMNO...
UMNO tu tau tak apa?

anak muda melayu, beginikah akhirnya?

Saturday, February 25, 2006

service of the day

di ruang legar menunggu pusat servis proton batu caves...

di dlm kusyuknya pelanggan menunggu dan melayan perasaan dgn mata yg layu diawal pagi menunggu kereta diservis.....

perbualan antara emak dan anak yg membuka kemaluan...

anak: emak, apa yg berbau nie...?
emak: bau?...bau apa sayang...?
anak: alah, emak nie bau nielah....
emak: ada ada saja ko nie...
anak: alah emak nie, kat bilik air tadi takde airkan, pastu mak.....

emak dgn pantas menarik sambil menutup mulut anak dan membawa anaknya keluar dari ruang menunggu...

perbualan yg menyentap keselesaan setiap penunggu diruang legar menunggu yg dgn secara langsung merenung sinis kelakuan dua beranak tadi dgn penuh persoalan...

ahaks...

Tembakau Dan Daun Nipah

Salam...

tujuannya satu seperti juga tujuan adanya tembakau dan daun nipah.
tak boleh dipisahkan dan tak boleh dinikmati selagi tak mati.
bahayanya penangan tembakau dan daun nipah yang digulung dan disedut asapnya.
tapi bg pak tua, itulah pengubat lelahnya dan penghibur dikala sunyi bertemankan secangkir kopi.

sebagai pembuka selera....
tembakau jawa susah nak memenangnya...