Renungan

Aku akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara yang sentiasa dengki, munafik yang sentiasa membenci, kafir yang memerangi, syaitan yang berusaha menyesatkan dan hawa nafsu yang sentiasa mengoncang keimanan aku...

maka dengan itu aku haruslah memperkasa diriku dengan 13 langkah pengenal diri, menguatkan diri dengan berpegang teguh pada 6 perkara dan mendalami 5 penjuru kehidupan bagi menempuhi cabaran yang tersurat dan yang tersirat..... "rozinor razali"

Thursday, April 27, 2006

Naga Malaya masuk kandang...

30 tahun yg dulu naga hanya duduk dan bersemayam dgn mengamalkan ilmu ilmu umat milenia dan mengumpulkan segala muslihat sepanjang naga bersemayam. Kini naga telah dikejutkan dan setelah 30 tahun, naga kini berada di kawasan yang tidak pernah naga terfikirkan. seperti kebanyakan naga yang adakalanya terkejut dgn perubahan cuaca dan iklim setempat, naga juga tidak terkecuali dari menerima kejutan budaya.

Di tempat baru ini naga seperti seekor anak ikan yg masuk dalam aquarium besar yang didalamnya ada penghuni yang blom pernah naga temui. Naga cuba menyesuaikan diri kerana tak lama lagi naga harus berdiri dan menujukkan ilmu dan muslihat naga dihadapan ketua ketua naga yang akhirnya akan memutuskan bahawa naga layak menjadi seekor naga yang handal dlm ilmu umat milenia dan pempunyai muslihat yg setinggi gunung.

dapatkan naga melawan segala hasutan dan pelawaan dari naga naga yang tak pernah naga kenali untuk mencapai cita citanya, utk menjadikan cerita ini menarik naga mendapat khabar dari tanah malaya bahawa bini naga sedang buntingkan anak naga yg ketiga. ini menambah dillema naga utk berjuang.

apa kesudahannya.

Thursday, April 20, 2006

Laskar Cinta.

wahai, jiwa jiwa yang tenang, berhati hatilah dirimu, kepada hati yang penuh kebencian yang dalam, kerana sesungguhnya iblis ada dan bersemayam, dihati yang penuh benci, dihati yang penuh prasangka...

Laskar Cinta, sebarkanlah benih benih cinta, hapuskanlah virus virus benci, virus yang bisa rosakkan jiwa dan busukan hati, Laskar Cinta, ajarkanlah tentang ilmu cinta, kerana cinta adalah hakikat dan jalan yang terang untuk semua umat manusia...

jika kebencian meracunimu kepada manusia lainnya, maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa keatas dirimu, maka jangan pernah berharap aku akan mengasihi menyayangi manusia yang penuh benci seperti kamu...

wahai, jiwa jiwa yang tenang, jangan sesekali kamu mencuba menjadi tuhan, dengan mengadili dan menghakimi, bahawasanya, kamu memang tidak mempunyai daya dan upaya serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati, bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita, dan menjadi suku suku dan bangsa bangsa yang pasti berbeda, bukankah kita memang saling mengenal dan menghormati, bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata....

ujian dan dugaan.
akal dan nafsu.
dosa dan pahala.

portsmouth spring.
malaysia tercinta.

ps: pos ini ditujukan kepada rakan rakan penulis yg sering diganggu oleh mereka mereka yg telah dihingapi virus virus anonymous. teruskan karya penulisan kreatif anda dan biarkan anonym ini hidup segan mati tak mahu.

Tuesday, April 04, 2006

Naik dan terus naik

Baru baru ini kerajaan telah menaikkan harga minya sebanyak 0.30 sen, dimana bagi pemilik syarikat seperti aku mungkin kurang terasa akan kenaikan tersebut tetapi bagi rakan rakan aku yang kebanyakannya mengunakan kenderaan beroda empat utk ke tempat kerja agak mencekik darah mereka yang sememangnya suka mencekik darah.

Apa taknya kalau tiba sahaja ke pejabat aku takde bende lain yang boleh aku agakkan selain mengeteh bersama mereka, kalau dah mengeteh dah tentunya nak pekene makanan ringan kalau takpun yang berat.

Tetapi itu bukan halnya yang aku nak ceritakan disini, sememangnya aku seorang yang pemurah tetapi sering kali diambil kesempatan oleh mereka mereka yang tak bertanggungjawab. Walaupun hanya dua tiga kalai berjumpa dah boleh nak menilai latar belakang aku sedangkan aku sentiasa menilai apa yg dicakapkan dan apa yg dibuat. Hati dan paru paru mereka aku bleh kenal, jadi jgn nak cuba cuba, tetapi aku nie manusia biasa ada juga melakukan kesilapan.

Itu juga bukan sebabnya aku nak meulis hari ini, sebabnya adalah ketika aku bersama rakan usahawan yang meniaga pisang goreng dan juga mengambil dalal dari makcik makcik disekitar tempat dia meniaga. Sambil menghirup nescafe tarik yang dioder dari warung Pak Ali kami membincang kenaikan harga minyak, yang menarik minta aku utk menulis hari ini tak panjang, tapi pendek sahaja petikan dari rakan usahawan aku itu, ianya berbunyi seperti ini....

Mereka nie kalau dah suka sapu duit orang, tetaplah mereka ini akan menyapu tak kiralah orang tu miskin papa, tapi kalau mereka mereka ini tidak menyapu duit orang, mereka pula sering dianggap sebagai penyapu.

aku berfikir sejenak, apa yang dimaksudkan rakan usahawan aku itu.