Renungan

Aku akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara yang sentiasa dengki, munafik yang sentiasa membenci, kafir yang memerangi, syaitan yang berusaha menyesatkan dan hawa nafsu yang sentiasa mengoncang keimanan aku...

maka dengan itu aku haruslah memperkasa diriku dengan 13 langkah pengenal diri, menguatkan diri dengan berpegang teguh pada 6 perkara dan mendalami 5 penjuru kehidupan bagi menempuhi cabaran yang tersurat dan yang tersirat..... "rozinor razali"

Thursday, March 29, 2007

Perjuangan yang baru bermula

mengapa?

persoalan ini yang akhirnya terjawab dgn perdebatan yang sinis dan berunsur komedi terhurai apabila aku sendiri menyatakan bahawa aku sendiri akan berpindah ke Blok A.

Senyap seketika, dengan segala pembohongan yang ditujukan kepada aku, aku hanya mampu tersenyum dan sedar betapa kuatnya politik di pejabat ini yang tidak sudah sudah mahu mengawal dan menjadikan aku seperti seorang hamba sedangkan mereka sendiri tidak layak dipanggil atau digelar ketua.

Kerja mengarah semua orang boleh buat, cuba arah diri sendiri untuk meyelesaikan kerja yang selalu diarah kepada orang untuk menyelesaikannya. bagi aku biar kerja itu aku selesaikan sendiri, aku puas dan aku tidak meyebabkan hati hati rakan pejabat aku bengkak kerana tidak suka menyelesaikan kerja yang bukan sepatutnya mereka buat.

Aku sudah memasang perangkap dan perisai untuk berperang, dan bila tiba harinya...cucu datuk maharajalela ini dan naga keramat ini akan bertempur habis habisan...

aku mulakan perjuangan aku ini dengan bismillah....

Wednesday, March 28, 2007

Kem Woodlands


2007 Hot Air Balloon Fest - 59, originally uploaded by vernes.

Terlihat belon besar nie, aku teringat dizaman aku kanak kanak di pulau singapura didalam kem tentera laut dimana waktu tu aku berumur lebih kurang 5-6 tahun. Belum lagi bersekolah.
Pakcik aku memang tere buat layang layang.
Satu hari tu dia telah mengajar aku membuat layang layang dan dia memberi arahan bagaimana nak menhasilkan layang layang yang baik dan boleh pergi jauh.
Timbangan dan memilih penjuru teraju adalah yg ditekankan. Kalau kita tidak menimbang dengan betul dan tidak memilih penjuru teraju dgn tepat, layang layang tidak akan naik.
Selesai sudah dia membantu dan mengajar aku membina layang layan, kini tiba masanya utk dinaikan. Layang layang pertama aku, teruja sangat aku masa ni.
Itulah pertama kali aku buat layang layang dan bermain layang, selepas itu aku tidak bermain lagi layang layang dan mempraktikan pembuatan layang layang ni.
Buat pertama kali itu aku sungguh puas kerana layang layang yang aku buat dgn bantuan pakcik aku tu dpt terbang tinggi diudara, boleh dikatakan sampai ke langit biru kerana layang layang itu sangat kecil dari pandangan mata aku.
aku gembira sesangat, tetapi itu semua pengalaman aku bersama pakcik aku yang sekarang menetap di pusat mental di singapura.

Bilakah masanya lagi utk aku bertemu dgn pakcik aku ini.

Tuesday, February 27, 2007

Pindah

Semua berhenti bekerja dan mula membungkus barang barang dan diletakkan didalam kotak. Kotak tak cukup pula. Terbantut semangat mereka ketika sedang bersemangat untuk berpindah ketempat baru. Bukannya jauh pun, dua tingkat makin tinggi dari tempat lama ini.

Setelah kotak sampai kerja membungkus berterusan sehingga botak macam gua perompak dalam cerita ali baba lah jadinya pejabat aku ni. Bermulalah operasi membawa barang barang itu ke tempat baru. Kira aku hanya membantu kerja ringan sahajalah, pinggang dah sizen. Mereka bertungkus lumus dan bergotong royong menyelesaikan semua kerja kerana ada sehari sebelum tarikh keramat, iaitu pejabat ini haruslah ditutup.

Aku telah berada disini selama 3 Tahun. dari seorang pereka sampailah ketahap pengurus projek merangkap perunding projek telah banyak yang aku lihat dan lalui di pejabat ini. Memori ini akan menjadi usang kerana tak banyak benda yang happening berlaku kat pejabat kecuali ketika aku duduk sama rendah dengan rakan rakan yang semuanya telah meninggalkan syarikat ini dan mencari sinar baru.

Aku juga akan pergi kerana sebab sebab yang sama seperti rakan yang lain itu.

Mungkinkah langit aku akan lebih biru disempadan yang lagi satu disebelah situ.

Mungkin.

Monday, February 26, 2007

sinergi unggul

Penyatuan tenaga dari dua sempadan atau pihak atau molekul menghasilkan sinergi yang tiada tolok bandingnya. Keunggulan sinergi dari penyatuan tenaga banyak berkisar pada pergaulandan pegeseran, akhirnya pengalaman menbezakan sinergi yang boleh bertahan lama dan sebatian yang tidak tepu.

sinergi unggul.

Friday, February 23, 2007

Kerja Gila Selesai

Aku tiba di Johor pada pukul 6 ptg lebih sikit dan destinasi pertama adalh rumah ibu bapa aku, Aku dah tahu yang mereka tiada dirumah kerana berada di Perak. Belum pun sempat melangkah masuk rumah pojie pun sampai dan kami terus ke Padang Bola, sampai dipadang kami pun bersalut salutan sambil beborak kosong.

Aku perlukan rehat sebentar dan pojie menghantar aku balik dan ketika itu apabila televisen dihidupkan siri animasi Naruto sedang ditayangkan. Aku dah tak peduli, yang aku peduli sebelum urusan aku selesai aku mesti mendapatkan rehat dan aku telah mendapatkannya, selepas solat maghrib terus aku dibuai mimpi.

Jam menunjukkan Pukul 9 lebih sikit dan aku terus menuju ke bilik air utk mandi, selesai mandi bersiap dan pergi makan malam. Warung Nasi Ayam Pak Ali amat terkenal kat kampung aku nie, kalau waktu makan tengah hari, Asam Pedas Mak Jah menjadi rebutan. Aku meminta Nasi Ayam Goreng Sambal dan Milo ais sementara menunggu pojie untuk meyudahkan urusan aku. Dapat jugalah berjumpa rakan rakan yang masih lagi melekat dikampung seperti kurap yang dah tak boleh dibuang. Layan kan.

Pojie turun dan kami singgah dirumah angah kene sesalut dan terus kerumah orang tua aku untuk selesaikan urusan. Dirumah setelah menandatangani surat dan baca lebih kurang kami mulakan operasi dan perbincangan tentang projek yang boleh diusahakan. setelah bersetuju dan dibekalkan dengan 2 salutan sebagai peneman semasa perjalan pulang aku pun mula segarkan badan dan bersiap untuk pulang.

Jam di deck kereta menunjukan 22.25 dan bermula lah perjalanan pulang aku. dengan kelajuan 100-120kmh aku memacu kereta sehingga akhirnya aku tewas di pedas-linggi dimana ketika itu jam menunjukkan pukul 2.55 pagi dan mata aku tidak sanggup lagi dan kepala aku dah mula berada diawang awangan. aku tewas dan terlelap di rnr pedas-linggi sehingga subuh. itupun bini aku telefon kejutkan aku, kalau tidak mahu smpi tengah hari aku layan.

Apa apapun urusan aku selamat diselesaikan dan semuanya berjalan lancar. aku sampai dirumah pukul 6.52 pagi. masuk kerja pukul 1ptg.

Gilakah aku ataupun Komitednya aku.

Thursday, February 22, 2007

Kerja Gila

Gila, itulah ungkapan salah seorang staff aku apabila aku mengajak dia menjadi co-driver aku ke Bandaraya Johor Bahru menemani aku, dengan mentafsirkan aku sebagai seorang robot bernyawa, selamba kodok dia kata tak larat. Tidak apa, aku seorang pun boleh pergi dan tiada paksaan jika tidak mahu ikut.

Tapi bila difikirkan kembali, bukannya aku tak pernah buat, pernah cuma dulu aku bujang dan sekarang tenaga tidak sama seperti dahulu. Adakah aku akan kepenatan. Oh tidak, aku rasa selagi nafas ini masih berupaya menyedut udara selagi itu belikat ini mampu membawa aku kemana sahaja.

Gila memang gila.

Rancangan asal aku akan bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 3 ptg dan berkemungkinan sampai kedestinasi pada jam 8 malam, insyaallah.

Penjelajahan Gila aku beri nama dan ia bermula selepas tanda noktah ini.

Wednesday, February 21, 2007

Ikan Bakar

Cuti Tahun Baru Cina yang jatuh pada hujung minggu lalu byk kejadian yang tak diingini berlaku. Kejadian yang sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa kuatnya aku bekerja mencari nafkah bagai orang gila.

Gilakah aku yang dulunya hanya suka melepak dan bermain bola sambil dihanyutkan dengan petikan gitar seniman yang tak berapa nak femes ditepi jalan atau diwarung dikaki lima.
Dimana saudara menjadi rakan paling rapat dan sukar utk aku tinggalkan. Kini aku hanya mengejar masa yang telah banyak aku pinggirkan.

Ada juga kejadian dimana aku ketepikan kesemua ego untuk aku menunaikan tanggungjawab aku. Tetapi akhirnya aku sendiri yang terkorban.
Maka dengan itu aku tidak sanggup lagi menipu diri dan telah kuluahkan kesemuanya. Suka atau tidak terpulang. Aku ingin menjadi aku kembali.

Meratah ikan bakar tidak lagi sesedap seperti selalu yang aku rasakan. Aku lebih suka keadaan dimana semua seperti dahulu.

Tuesday, February 13, 2007

Sejuk

Sejuk hingga ke tulang sum sum, itulah yang aku rasa, tak dapat nak buat apa. Sejuknya membekukan segala urat saraf dan menyongsangkan suhu badan ketahap yang tidak normal. Diselang selikan dengan perut yang memulas dan sentiasa ke tandas dalam keadaan kesejukan. Mandi air panas pun masih rasa sejuk. Sejuk dimana mana. Tak sanggup dah rasanya nak melawan kesejukan. Mungkin bila nafas terhenti kesejukan akan hilang.

Sejuk gila aku dibuatnya, tapi yang peliknya anak anak aku yang kecil semuanya ok sahaja, tidak menampakkan kesejukan seperti aku. Isteri aku pula kata aku ni gayat sebab bermain ditaman tema. Sememangnya aku ni takut pada ketinggian tetapi apa kene mengena dengan permainan pusing pusing turun naik tu dgn kegayatan aku. Entah tapi yang pastinya aku sejuk sangat hingga masa dah balik kerumah pun sejuknya tak hilang.

Akhirnya teh 'o' panas isteri aku yg dapat menghangatkan dan mencairkan kesejukan aku. Macam Ais cairlah mencurah curah peluh dari badan aku. Barulah aku boleh rasa kepanasan matahari terik. hilang sejuk dan selera makan pun mula datang.

Erm dugaan.

Monday, January 22, 2007

Bumi Hijau

seperkara yang pasti dalam perjalanan hidup, tak banyak yang aku jumpa memperkatakan tentang Bumi Hijau. Selalunya kata kata yang terlempar keluar dari mulut mulut yang berbau busuk itu hanya mempertahankan kedudukan dan kawasan yang ditaklukinya.
tidak ada pun yang sanggup mempertahankan kawasan yang diluar taklukannya.
Hanya dipandang sebelah mata.
Azab atau rahmat yang menimpa pun sering kali mereka anggap sebagai balasan yang dimana pada mereka yang jahil langsung menganggap ini semua kerana mereka tidak pandai merencanakan pembangunan kawasana taklukan mereka.
Yang menakluk dengan hidung tinggi meletakkan tabung tabung bantuan sedangkan ada seperkara yang penting mereka lupa utk direncanakan.

tapi bagi aku, kalau ke pasaraya aku tidak akan lupa membeli sos lada hitam cap bumi hijau.

Thursday, January 04, 2007

Aku dan Saya

aku dan saya...
sama makna dan ertinya...
merujuk kepada diri...

aku...
kekadang kasar bunyinya...
tetapi kehalusan aku berbicara...
aku diguna bila...
aku bersama dia...

mana boleh guna saya...
ketika berbicara dgn dia...
macam tak sesuai...

saya...
lebih suka dlm gaya sosial...
bersopan santunlah kiranya...
bila berkata kepada mereka...

dengan mereka!

bukan dgn dia...
hanya aku yang tersurat dlm kitabnya...

aku dan saya