Renungan

Aku akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara yang sentiasa dengki, munafik yang sentiasa membenci, kafir yang memerangi, syaitan yang berusaha menyesatkan dan hawa nafsu yang sentiasa mengoncang keimanan aku...

maka dengan itu aku haruslah memperkasa diriku dengan 13 langkah pengenal diri, menguatkan diri dengan berpegang teguh pada 6 perkara dan mendalami 5 penjuru kehidupan bagi menempuhi cabaran yang tersurat dan yang tersirat..... "rozinor razali"

Monday, August 07, 2006

dataran optima kehidupan II

aku telah pun terlepas dari dataran yang meyekik darah setiap makhluk yg melalui dataran ini, dinakhodai oleh sepasang suami isteri, dataran yang pernah bergolak satu ketika dulu dgn kes saman seorang yang telah berkhidmat selama 7 tahun tidak dipotong wang simpanan kumpulan pekerjanya, maka dia telah mengambil langkah drastik utk melaporkan ke jabatan bertanggungjawab. AKhirnya segala terbongkar tetapi kuasa yang ada pada majikannya sebagai ahli politik telah melenyapkan mimpi pekerja yang inginkan keadilan.

Seminggu aku disana aku melihat bagaimana tersiksa pekerja itu dan sebelum perkara yang tak diingini berlaku kepada aku, aku telah meletak jawatan dgn notis lima hari. terkejut beruk majikan menerima notis berhenti aku. Dia cuba bertanyakan apa sebabnya dan cuba mengunakan kuasa politik dia utk mengeksploitasi aku. Aku hanya berkata rezeki aku tiada disitu memandangkan dataran yang dulunya gah kini goyang kerana semua rahsia kejahatan suami isteri yang mengerah kudrat pekerja mereka tanpa memikirkan bahawa apa yang dilakukan itu salah.

Melepaskan diri dari dataran itu adalah satu perkara yang harus aku lakukan sebelum aku terjerat dan terperangkap, kata kata akhir aku kepada nakhoda ialah, sehingga ke akhirat di padang masyar ketika semua umat dihisab dosa dan pahala mereka, aku tidak akan menghalalkan apa yang telah aku tempuhi di dataran itu. walaupun hanya setitis peluh yang telah aku titiskan di dataran itu.

aku membotakkan kepala aku kerana byk kelumumur, dan dgn senyum sinis dan angkuh dia mengatakan dia membotakkan kepala kerana baru pulang dari umrah. perlukan aku mengetahui itu semua. sesungguhnya aku tak peduli.

kini aku berada di daerah siber jaya meneruskan penghirahan aku.