Renungan

Aku akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara yang sentiasa dengki, munafik yang sentiasa membenci, kafir yang memerangi, syaitan yang berusaha menyesatkan dan hawa nafsu yang sentiasa mengoncang keimanan aku...

maka dengan itu aku haruslah memperkasa diriku dengan 13 langkah pengenal diri, menguatkan diri dengan berpegang teguh pada 6 perkara dan mendalami 5 penjuru kehidupan bagi menempuhi cabaran yang tersurat dan yang tersirat..... "rozinor razali"

Monday, September 25, 2006

Selamat Berpuasa

Kepada semua muslimin dan musliman yg berada di utara, selatan, timur dan barat, yg tidak dpt melihat, mendengar, berjalan dan menulis.
Aku ucapkan selamat menyambut Ramadan. semoga amalan dpt dipertingkatkan ke peringkat yg lebih tinggi insyaallah.

klausa 1.0
Setiap yang menjadikan manusia itu sebahagian dari kelompok kejahatan adalah kerana persekitaran. Mereka ini tidak mengira masa atau ketika kerana bagi mereka masyarakat tidak memberi mereka masa dan ketika untuk membetulkan keadaan mereka. Aku yang mana pernah berada didalam situasi sebegini dapat merasakan bahawa mereka ini tertekan dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memuaskan hati mereka.
Antara mereka dan mereka itu tidaklah jauh berbeda jika pada mulanya tidak memahami apa tujuan mereka berada disini.

Klausa 2.0
Adakalanya kita sebagai tuanpunya harta tidak akan mengambil kisah sekiranya harta hak cipta terpelihara kita diambil guna dengan meminta keizinan kita atau sekurang kurang memberitahu kita dimana harta hak cipta terpelihara kita itu berada. Tetapi sekiranya tanpa kita ketahui atau sedari kemana harta hak cipta terpelihara kita pergi, dah tentu kita akan mencari atau paling kurang cuba bertanyakan disekililing kita. Tapi apabila kita jeling jeling kita dapati harta hak cipta terpelihara kita tu sedang digunakan dgn senang lenang oleh individu yang kita kenali dan kita bertanyakan pada dia....

cantik harta hak cipta terpelihara yang ko guna tu, siapa punya tu?
Orang yg tak bertanggungjawab yg menjawat jawatan pengurus berkata;
entahlah, kat dlm bilik, bwh meja engkau, aku amik dan gunalah, ngam plak tu sizenya, tersenyum simpuh mamat gemok nie...
tanpa rasa bersalah tuan punya pun berkata;
aku bagi ko duit nie, ko gi kedai dan pegi cari harta hak cipta terpelihara utk ko guna, lain kali kalau nak guna harta hak cipta terpelihara orang, tanyalah dulu siapa punya, jangan main sedap mak bapak ko je main sarung.
akhirnya dgn tanpa rasa bersalah sambil masih mengunakan harta hak cipta terpelihara orang, dier blah macam itu aja sambil mengunakan harta hak cipta terpelihara orang .

masih ada lagi org yg tak bertamadun yang duduk sepejabat dgn aku. Takde sivik punya beruang kutub.

Monday, September 11, 2006

Persetubuhan terlarang

Dlm terang masih meraba raba mengharapkan jalan yg lurus...
Dlm gelap berlari menuju cahaya yang tak pasti...

kembalinya dgn kepulan asap dari sedutan tembakau jawa yg dibeli secara timbang dikedai sambil menghirup kopi cap kapal api...
oh indahnya....
oh syahdunya...
lagu yang bermain dan berkumandang dari corong yang dilekatkan pada radio dari gelombang sinar.fm mengimbau betapa lajunya masa berlari...
aku merasakan belom puas dgn onar onar kekotoron yang dulunya selalu sahaja dikaitkan dengan kegiatan aku...
aku masih merasakan tangan dan kaki ini ringan utk digerakkan melakukan aktiviti yang aku sukakan....
dalam gelap diatas moto berterbangan diatas jalan tar menunjukkan lagak lagak ilham orang berseluar dalam diluar tanpa rasa gentar...
bermesraan dan berpelukan sambil menekan nekan palang gear bermain dgn klaj agar kayuhan sepeda dan roda semakin laju...
mengharapkan penghujung nikmat tidak berkesudahan....
menjerit jerit dan meraung raung...
memohon agar tujahan tujahan piston tidak berhenti dan mengharapkan kayuhan semakin laju...
laungan orgasme mekanisme enjin memohon agar diteruskan kayuhan hingga ke hujung...
bersama sama menuju puncak kenikmatan dgn sorakan dan tepukan...
akhirnya....
orgasme diakhiri dengan terbobolnya piston dan limpahan minyak hitam diatas tilam dan cadar yg berkerikil dan mengerutu....
terbaring bersimbahkan peluh merah dan tiada lagi arah yg pasti hendak dituju...

orgasme hebat...
orgasme hebat...
hebatnya orgasme....

birat dan luka menjadi saksi betapa hebatnya aku diatas ranjang yang beralaskan tar dan batu...
betapa hebatnya aku menakhodai bahtera sepeda dan membawanya ke persisran kenikmatan...

Yamaha 100 adalah teman persetubuhan....
hingga sampai kepuncak nikmat...