Renungan

Aku akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara yang sentiasa dengki, munafik yang sentiasa membenci, kafir yang memerangi, syaitan yang berusaha menyesatkan dan hawa nafsu yang sentiasa mengoncang keimanan aku...

maka dengan itu aku haruslah memperkasa diriku dengan 13 langkah pengenal diri, menguatkan diri dengan berpegang teguh pada 6 perkara dan mendalami 5 penjuru kehidupan bagi menempuhi cabaran yang tersurat dan yang tersirat..... "rozinor razali"

Thursday, November 23, 2006

Tembelang Retak

Entah kenapa selepas aku ditegur tidak pandai merancang projek yg mana pada mulanya aku yang menguruskannya aku menjadi huru hara.

Perancangan awak nie tak praktikal lah Usop, kata Wati seorang Instructional Designer (ID) pada Usop.
Awak akan kehilangan penulis untuk projek nie kalau awak melaksanakan perancangan awak.
Usop termangu dan terus membuat keputusan dan berkata;
Ok, Wati cuba beritahu saya apa yang praktikal dengan cara awak.
Awak telah mengambil masa pembangunan kandungan dengan begitu lama dan semua papan cerita yang awak hantar kepada kementerian semuanya belum diluluskan.
Apa tugas ID yang awak upah dan kenapa ID awak adalah penulis awak juga.?
Bagaimana jarak masa yang awak beri pada mereka?
Awak mengambil masa 5 hari utk mereka menulis, 2 hingga 3 hari utk pegawai menilai dan 2 hingga 3 hari untuk penulis membetulkan kesalahan tulisan.
Dimana tugas ID jika semua tugas diberi pada penulis.
Dengan tegas dan angin seluruh badan Usop mengarahkan Wati supaya mengikuti perancangan yang telah dipersetujui.
Sebulan setengah selepas kejadian diatas,
Ko cakap dengan aku gemok, kalau aku rancang tapi engkau orang semua tak mahu ikut dan guna kepandaian engkau orang dan melepaskan batuk ditangga.
Sekarang engkau cakap dengan aku, macamana ko nak laporkan status pembangunan yang mana aku telah cadangkan tidak engkau orang ikut.
Hati yang panas jangan cuba dicurahkan dengan benda yang tidak masuk diakal. Jangan bermain dengan kata kata kalau kita tidak maksudkannya dan jangan pandai putar belit keadaan kalau tidak mahu terjerat dengan kesilapan.

aku menanti hari esok dgn semangat membara menanti apakah drama seterusnya...

bersambung....