Renungan

Aku akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara yang sentiasa dengki, munafik yang sentiasa membenci, kafir yang memerangi, syaitan yang berusaha menyesatkan dan hawa nafsu yang sentiasa mengoncang keimanan aku...

maka dengan itu aku haruslah memperkasa diriku dengan 13 langkah pengenal diri, menguatkan diri dengan berpegang teguh pada 6 perkara dan mendalami 5 penjuru kehidupan bagi menempuhi cabaran yang tersurat dan yang tersirat..... "rozinor razali"

Saturday, March 18, 2006

The Mechanical Contrivium: Tok Rimau

Terjumpa benda generator nie dan orang pertama terlintas dalam kepala otak aku ialah orang yang mengalakkan aku utk menulis. sebelum tu minta maaf bebanyak kat Tok Rimau.

Hasil dari generator bagi Tok Rimau ialah;
1. Olive oil was used for washing Tok Rimau in the ancient Mediterranean world.
2. India tested its first nuclear Tok Rimau in 1974.
3. There are now more than 4000 satellites orbiting Tok Rimau.
4. The deepest part of Tok Rimau is over 35,000 feet deep.
5. The patron saint of Tok Rimau is Saint Eugenie.
6. If you drop Tok Rimau from the top of the Empire State Building, he will be falling fast enough to kill before reaching the ground.
7. Tok Rimau cannot swim!
8. Tok Rimau will give a higher yield if milked when listening to music.
9. Finding Tok Rimau on Christmas morning is believed to bring good luck!
10. The air around Tok Rimau is superheated to about five times the temperature of the sun!

dan hasil dari generator bagi tembakau jawa ialah;
1. Snow White's coffin was made of tembakau jawa!
2. Tembakau jawa has only one weakness - the colour yellow.
3. Tembakau jawa was first discovered by Alexander the Great in India, and introduced to Europe on his return.
4. Tembakau jawa can pollinate up to six times more efficiently than the honeybee.
5. Tembakau jawa can be found on a Cluedo board between the Library and the Conservatory!
6. Tembakau jawa cannot swim.
7. To check whether tembakau jawa is safe to eat, drop him in a bowl of water; rotten tembakau jawa will sink, and fresh tembakau jawa will float.
8. When tembakau jawa is swallowed, he will enter the blood stream within twenty minutes!
9. Tembakau jawa was originally called Cheerioats.
10. Some hotels in Las Vegas have tembakau jawa floating in their swimming pools!

Mana mana yg nak cuba, bleh arr gi kat sini---> The Mechanical Contrivium

Friday, March 10, 2006

Nostalgia 101 = Pistol!

Kejadian ini berlaku lebih kurang 15 tahun yg lampau, ketika itu aku masih menjadi seorang pelajar yg tersohor disekolah. Ia bermula selepas waktu sekolah ketika aku hendak pulang kerumah, tetapi sebelum pulang aku singgah dibandar Johor utk bertemu awek aku. kami berjanji bertemu di hentian manggis didepan pasar baru, ketika itu masih ada lagi bangunan pasar baru ini(sekarang bangunan city square). kami bertemu dan aku membawa dia pergi ke kebayan Plaza Kotaraya, dimana disini aku mendapat diskaun utk makan dan minum kerana ramai peniaga disitu mengenali aku, mereka mereka inilah yang aku bantu untuk mengisi tong air mereka ketika mereka berniaga diwarung berhampiran pasar baru selepas habis waktu sekolah. Kiranya aku dikenali ramai pada zaman itu.

Berbalik kepada kejadian yang aku ingin kongsi bersama, ketika hendak kembali kehentian manggis bersama awek aku ini, aku telah ditahan Polis yang meronda di sekitar kawasan itu. Setelah disoal siasat dan digeledah beg sekolah aku, mereka menjumpai sekotak rokok Dunhill 7 kepunyaan aku. Mereka pun mula menyoal siasat aku macamlah aku nie bawak ganja atau pun heroin.

Polis: Ni rokok siapa ni?
Aku: Dah dalam beg saya, siapa punya lagi, jawab aku selamba.
Polis: Oh, loyar buruk ko eh, jom ikut ke balai.
Aku: Balai! tak nak arr, saya nak balik ni nak kesekolah agama pulak, aku memberi alasan.
Polis: Kau sekolah agama eh, yg kau bawa anak dara orang berjalan kehulu hilir nie, ko tahu ke apa hukum dia nie?
Aku: Tau, ianya salah tapi mak dan bapak dier kenal saya dan suka kat saya.
Polis: Ada je alasan ko eh, sekolah selalu dapat nombor berapa?
Aku: Nombor satu kalau takpun nombor dua, jawab aku lagi.
Polis: Oh kiranya ko nie ppelajar terbaik dalam kelaslah ya.
Aku: Tak, dalam sekolah.

polis tadi mcm hilang punca, dan mula berbicara sesama sendiri sedang aku menyuruh awek aku tinggalkan aku dan balik kerumah, sebab takut nanti mak dier marah kalau lambat sampai dan dia pun dgn selamba blah dari situ tinggalkan aku.

Polis: eh, dia nak kemana tu, tanya polis tu pada aku?
Aku: dia nak balik kalau takde apa apa dia cakap.

polis tu pun macam dah hilang punca dan tak tahu nak buat apa, dan entah kenapa aku disergah kembali dengan keras kali ini.

Polis: ok dah sudah, jom ikut aku kebalai, jgn byk soal dan tanya, Awak dah melakukan kesalah kerana memilik rokok dan merokok dgn berpakaian sekolah.
Aku: mana ada saya hisap rokok masa abg tahan saya tadi.
Polis: dah jom kebalai, jgn byk soal.

aku meronta tapi apa yang aku buat tak diendahkan dan semua orang yg berada disitu memandang aku seperti aku telah melakukan satu kesalahan besar. aku keliru, beginikah undang undang negara ini. aku dibawa sehingga ke satu lorong sunyi diblekang pasar baru, disitu aku telah diarahkan untuk melakukan sesuatu utk mereka berdua.

dikedai dihentian manggis

Tokei: eh ko jgn nak memain dgn aku, kalau betul ada poilis yang suruh ko datang ambil rokok ini ko suruh mereka datang sini.
Aku: betul pakcik, tolonglah beg dan kp saya ada pada mereka, saya nak balik ni.
Tokei: aku peduli apa dengan ko, dah ramai dah org mcm ko nie aku jumpa. dah pergi sana aku takde masa nak layan kau.

aku pun beredar dan menuju ke tempat yang dijanjikan dgn perasaan hampa dan yakin kali nie aku akan berada dilokap.

Polis: hah macamana, dapat tak.
Aku: macamana nak dapat, saya ni budak sekolah dan abang suruh saya buat bende yang bukan bukan, habis saya kena marah dgn tuan punya kedai.
Polis: kalau macam tu tak boleh buat apalah, jom kebalai.

Aku dah mula nak nangis time nie, memikirkan bagaimana aku nak melepaskan diri. Terfikir juga nak lakukan stunt tapi aku rakyat yang perihatin dan tidak suka pada keganasan. apa yang harus aku buat. Mereka menarik aku tapi aku terus membatu.

Polis: eh dier nie, jalanlah cepat.
Aku: saya taknak kebalai, saya nak balik.(time nie airmata dah mula dah nak keluar)
Polis: nak balik eh, tapi ko tak dapat buat apa yang kami suruh macamana nak lepaskan kau.
Aku: abang suruh arr saya buat bende lain ke, macam pumping ke, ketuk ketampi ke apa apalah, janji saya tak kebalai.
Polis: alah itu taktik lamalah kami dah tahu dah. Oklah macam nie, kau ambil pistol ni dan kau pergi semula ke kedai tadi dan minta apa yg kami mahu tadi, berani.
Aku: berani! tanpa fikir panjang aku memberanikan diri.

aku kembali semula ke kedai manggis tadi dgn harapan pakcik itu mempercayai aku.

Tokei: Kau lagi, kau ni tak faham bahasa ke, kan aku dah cakap tadi, baik kau pergi sebelum aku hambat kau.

Aku tak berkata apa apa terus mengeluarkan pistol dan meletakkannya dihadapan kaunter. tokei kedai tu hilang darah dimuka melihat pistol itu, dan aku mula berkata.

Aku: Saya tak bohong pakcik, saya memang dipaksa melakukan ini, pakcik tgk pistol nie, mereka bagi saya utk tunjuk kat pakcik.
Pakcik: nah, ambil semua nie dan jangan datang lagi, ambil semua cepat.

Aku kehairanan kerana sikap pakcik tadi berubah, tapi aku peduli apa janji aku dpt semula beg dan kp aku semula dan boleh pulang segera utk bermain bola. setelah mengumpulkan semua karton karton rokok tadi didalam plastik beg berwarna oren aku pun mula melangkah girang.

Setibanya aku ditempat dimana abang abang polis nie menunggu, aku dapati tiada lagi mereka berdua. Yang tinggal hanya beg sekolah dan kp aku ditinggalkan begitu sahaja. tanpa berlengah aku pun capai beg dan kp aku dan terus beredar dari situ. Pada waktu petang dipadang bola aku telah kendurikan rokok rokok yang aku dapat tadi kepada rakan rakan dan kami pun hisap rokok beramai ramai.

Tamat.

Thursday, March 09, 2006

Sah!

Rabu, 8 Feb 2006.
Berita Harian.

AKHIRNYA penyanyi wanita paling popular, Siti Nurhaliza mula berbicara mengenai cinta. Walaupun enggan mendedahkan nama jejaka yang berjaya menawan hatinya, gadis manis ini mengakui dia sudah dewasa dan cukup matang untuk membincangkannya.
____________________________

Rabu, 8 Feb 2006.
Cafe KPUK.

Tuan Hj Abu menberitahu bahawa Tun Dr.M yang terlebih dahulu telah dapat mengahwini Siti.
Aku membidas dgn selamba, bukan Tun Dr.M yg dikaitkan dgn Siti tapi Datuk K lah Tuan Haji.
En.Nasrul dan Tuan Hj Abu tergelak sakan mendengar apa yang aku cakapkan.
Siapa cakap Tun Dr.M kahwin dgn Siti Nurhaliza, kan nama bini dia Siti Hasmah, Kata Tuan Haji tersenyum kambing.

cis, orang tua ni....camnerlah aku bleh tak ingat.

Monday, March 06, 2006

Nostalgia 101.

Gol!!!!Gol!!!!Gol!!!!
Jeritan dari penyokong diluar padang bersahutan.Penjaring dgn hidung yg kembang kempis mengawal pernafasan menarik muka hensem. Perlawanan bolasepak persahabatan antara Pasukan kanak kanak Bukit Tiram bertemu dgn Pasukan Orang Tua Flat Larkin. Kanak kanak ini telah tertipu dgn org yg menganjurkan perlawanan persahabatan ini, namun dgn semangat kesukanan dan setiakawan mereka meneruskan perlawanan walaupun tahu lawan itu bukan lawan mereka. Bola bulat kata kapten pasukan kanak kanak.

Sejurus selepas referee meniupkan wisel, mereka dgn semangat bermain seperti biasa macam ketika bermain dipadang bolasepak buatan sendiri yg berumputkan tanah merah dan bertiang dan berpalangkan kayu beluti yg dijadikan gol. Disitulah tempat kanak kanak ini bermain dan berlatih, macam anak orang afrika.

preeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet!!! pengadil meniupkan wisel tanda tamatnya perlawanan. Pasukan dr flat larkin keluar padang dengan perasaan tidak percaya dan tidak bersemangat langsung manakala pasukan kanak kanak itu pula bersorakan dan menyanyi didalam padang sambil melaungkan CIRCUS, CIRCUS...mari mari kita lihat siapa yang kena, telur tembelang telah pecah siapa yang punya, Oit! dah tahu tak boleh lari janganlah main bola, dahlah tu balik arr. begitulah suara kanak kanak itu bersorakan mengejek pasukan orang tua itu.

Keputusan perlawanan;
Kanak Kanak Bukit Tiram = 11
Orang Tua Flat Larkin = 1

Keputusan perlawanan yang telah meniupkan semangat kanak kanak ini untuk terus berani menempuh apa jua yang rintangan yang berada didepan mereka.

sekarang ini aku terfikir, adakah kemenangan itu kerana simpati orang tua itu atau memang kami semua bermain bersungguh untuk menang.
persoalan yang mungkin tak terjawab.

Thursday, March 02, 2006

geli tak?

proot...proot...proot...
si muqri meniup perut si umar...
umar pun ketawa terkekek...

dengan riuh rendah bunyi perut ditiup dan kekehan bersambutan...
tup tup...
satu hentakan kereta hotwheels melekat dikepala...

uwaa...uwaa..uwaa...
muqri melalak kalahkan Ning Baizura menyanyi...
umar hanya terpaku...

tak geli ke?