Renungan

Aku akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara yang sentiasa dengki, munafik yang sentiasa membenci, kafir yang memerangi, syaitan yang berusaha menyesatkan dan hawa nafsu yang sentiasa mengoncang keimanan aku...

maka dengan itu aku haruslah memperkasa diriku dengan 13 langkah pengenal diri, menguatkan diri dengan berpegang teguh pada 6 perkara dan mendalami 5 penjuru kehidupan bagi menempuhi cabaran yang tersurat dan yang tersirat..... "rozinor razali"

Monday, February 27, 2006

soalan bocor

Kenapa kena buat kat Johor?
mamat disebelah terus rasa bergelegak darah dengan pertanyaan itu...
bersulamkan senyuman menandakan soalan tu akan dijawab...

mamat pun bersuara dgn berkata....
tahu tak Dato Onn Jaafar tu siapa dan siapa Presiden pertama UMNO...
UMNO tu tau tak apa?

anak muda melayu, beginikah akhirnya?

Saturday, February 25, 2006

service of the day

di ruang legar menunggu pusat servis proton batu caves...

di dlm kusyuknya pelanggan menunggu dan melayan perasaan dgn mata yg layu diawal pagi menunggu kereta diservis.....

perbualan antara emak dan anak yg membuka kemaluan...

anak: emak, apa yg berbau nie...?
emak: bau?...bau apa sayang...?
anak: alah, emak nie bau nielah....
emak: ada ada saja ko nie...
anak: alah emak nie, kat bilik air tadi takde airkan, pastu mak.....

emak dgn pantas menarik sambil menutup mulut anak dan membawa anaknya keluar dari ruang menunggu...

perbualan yg menyentap keselesaan setiap penunggu diruang legar menunggu yg dgn secara langsung merenung sinis kelakuan dua beranak tadi dgn penuh persoalan...

ahaks...

Tembakau Dan Daun Nipah

Salam...

tujuannya satu seperti juga tujuan adanya tembakau dan daun nipah.
tak boleh dipisahkan dan tak boleh dinikmati selagi tak mati.
bahayanya penangan tembakau dan daun nipah yang digulung dan disedut asapnya.
tapi bg pak tua, itulah pengubat lelahnya dan penghibur dikala sunyi bertemankan secangkir kopi.

sebagai pembuka selera....
tembakau jawa susah nak memenangnya...